PROGRAM PENGUKUHAN BEKALAN DARI LADANG KE PASARAN (KUKUH)

PENGENALAN

Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak (KUKUH) dibangunkan bagi memastikan lebih banyak hasil daripada Ladang kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui outlet peruncitan yang telah disediakan oleh FAMA.

Program ini dilaksanakan kerana rantaian pemasaran mempunyai banyak perantara pasaran yang menyumbang kepada harga yang tinggi sebelum hasil ladang dapat sampai kepada pengguna. Oleh yang demikian pengurangan perantara pasaran mampu menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna dan harga yang munasabah kepada pengeluar.

OBJEKTIF

  1. Memperkukuhkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran melalui konsep jualan terus daripada Ladang ke Pasaran.
  2. Meredakan tekanan inflasi dengan tawaran harga yang lebih berpatutan daripada harga pasaran.
  3. Memendekkan rantaian pemasaran sayur & buah.
  4. Menawarkan harga ladang yang lebih baik kepada pengeluar.
     

FAEDAH YANG DITERIMA
Kepada Pengeluar:

  1. Jaminan pasaran
  2. Harga yang kompetitif
  3. Peningkatan pendapatan

Kepada Pemasar:

  1. Bekalan dan kualiti yang konsisten
  2. Harga yang kompetitif

Kepada Pengguna:

  1. Mendapat harga yang berpatutan
 

SYARAT - SYARAT
PERMOHONAN

Pengeluar:

  • Pengeluaran yang berdaftar di bawah Ladang Kontrak.
  • Pengeluar boleh membekalkan produk sayur- sayuran dan buah- buahan daripada senarai komoditi Ladang Kontrak dan komoditi lain berdasarkan persetujuan Bersama di nantara pemasar dan pengeluar.
  • Pengeluar yang mempu dan berkebolehan dengan pengeluaran yang berterusan dan konsisten.
  • Pengeluar hendaklah sanggup mematuhi terma dan syarat Perjanjian Jualbeli yang dipersetujui di antara pemasar dan pengeluar.

Pemasar:

  • Pemasar hendaklah bersetuju tanpa syarat agar menawarkan harga jualan kepada 10 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi produk daripada perserta ladang kontrak. 
  • Pemasar mesti memasarkan produk daripada senarai komoditi Ladang Kontrak pada satu- satu masa operasi.
  • Pemasar hendaklah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
  • Pemasar hendaklah mempunyai saluran pasaran yang tetap dan konsisten
  • Pemasar hendaklah bebas daripada tindakan undang- undang.
  • Pemasar adalah digalakkan mempunyai kemudahan logistik sendiri.
  • Pemasar hendaklah sanggup mematuhi terma dan syarat perjanjian jualbeli yang dipersetujui diantara pemasar dan pengeluar.


CARA PERMOHONAN

Sila hubungi pejabat FAMA Negeri, Cawangan Ladang Kontrak yang berdekatan.