Program Pembiayaan Mikro MyAgrosis Agropreneur Muda


SYARAT - SYARAT :
Pemohon yang memohon Pembiayaan Mikro MYAGROSIS Agropreneur Muda mesti mematuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun untuk kategori Agropreneur Muda
  • Warganegara Malaysia yang berumur 41 hingga 55 tahun untuk kategori BUKAN Agropreneur Muda yang telah menjalankan perniagaan/projek
  • Nilai jualan semasa usahawan ini TIDAK MELEBIHI RM250,000.00 setahun dan pendapatan bersih isi rumah pemohon TIDAK MELEBIHI RM3,000.00
  • Namun begitu, bagi usahawan yang nilai jualan semasa melebihi RM250,000.00, permohonan masih boleh dipertimbangkan dengan mengambil kira IMPAK perniagaan/projek yang dijalankan kepada masyarakat sekitar dan menyumbang kepada pembangunan usahawan baru serta peningkatan ekonomi negara.  Permohonan ini haruslah dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Kewangan & Jawatankuasa Teknikal Pembiayaan Mikro seterusnya diluluskan diperingkat Jawatankuasa Kelulusan Pembiayaan Mikro
  • Telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia/mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (jika berkaitan)
  • Berdaftar sebagai Agropreneur Muda
  • Bagi yang mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Tahap satu (1) dan ke atas perlu mendaftar sebagai Ahli MYAGROSIS
  • Mendapat pengesahan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi pemohon baru atau telah sedia ada yang menjalankan projek pertanian dan projek industri asas tani
  • Pemohon dikehendaki untuk menyediakan dokumen bagi permohonan pembiayaan yang merangkumi senarai semak PAM 1 dan borang Permohonan Pembiayaan Mikro MYAGROSIS Agropreneur Muda yang telah lengkap di isi (Borang PAM 2)
  • Peminjam tidak diisytiharkan bankrap dan syarikat peminjam tidak di gulung (Winding Up)
  • Ibu bapa, pasangan atau saudara-mara terdekat dibenarkan menjadi penjamin dengan syarat bukan rakan kongsi niaga
  • Bagi permohonan pembiayaan sebagai peminjam francais KopieSatu peminjam boleh menghantar permohonan pembiayaan atas penilaian dan cadangan dari pihak KopieSatu
  • Peminjam francais KopieSatu/MyKopie layak untuk memohon Pembiayaan Mikro MYAGROSIS Agropreneur Muda setelah menerima surat tawaran daripada KopieSatu dan telah membuat pembayaran yuran francais.  Ini adalah salah satu kemudahan yang diberikan kepada peminjam francais KopieSatu yang kekurangan modal untuk memulakan perniagaan.  Klausa ini adalah khas untuk peminjam francais KopieSatu sebagai sokongan kepada program francais ini
  • Tertakluk kepada terma, syarat, dan tindakan yan telah ditetapkan dalam SOP Pembiayaan Mikro MYAGROSIS dan Agropreneur Muda

INSETIF YANG DITAWARKAN :
  • Perkhidmatan sokongan dan bimbingan yang berterusan daripada Jabatan/Agensi yang berkaitan dengan projek yang diusahakan.
  • Pembiayaan diberikan dalam bentuk peralatan, mesin, bahan mentah dan sebanyak 20% daripada nilai permohonan pembiayaan keseluruhan dibenarkan untuk modal pusingan dalam bentuk tunai.  Walaubagaimanapun Jawatankuasa diberi kelonggaran budi bicara untuk mempertimbangkan bagi meluluskan modal pusingan yang melebihi 20%
  • Latihan kepada peminjam akan diberikan dari semasa ke semasa kepada mereka yang memerlukan dengan kerjasama Jabatan/Agensi MOA.Inc
  • Bantuan bahan-bahan promosi bagi tujuan penyebaran maklumat mengenai program peminjam yang berasaskan produk-produk pertanian
  • Tempoh kelonggaran bayaran balik bagi peminjam sediaada (yang telah menjalankan perniagaan) adalah selama TIGA (3) bulan dan kepada peminjam baru adalah selama ENAM (6) bulan selepas penyaluran pinjaman dilaksanakan


JADUAL PEMBAYARAN BALIK

Pages: 1  2