Program Pembiayaan Mikro MyAgrosis Agropreneur Muda

PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO MYAGROSIS AGROPRENEUR MUDA 

LATAR BELAKANG :
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui transformasi sektor pertanian ke arah modenisasi bagi menjamin bekalan makanan dan bahan mentah serta menjana pendapatan lebih tinggi di kalangan petani dan pekebun kecil.  Fenomena ini menggalakkan lebih ramai penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian.  Namun kebanyakan golongan muda masih belum mampu untuk bersaing dan masalah utama yang dihadapi adalah modal (kewangan dan asset) untuk memulakan serta memulakan serta meneruskan perniagaan dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

Sehubungan itu, kerjasama ini dibentuk oleh FAMA bersama Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) secara National Blue Ocean Strategies (NBOS) untuk mewujudkan Program Pembiayaan Mikro MYAGROSIS Agropreneur Muda.

OBJEKTIF PROGRAM :
  • Bagi meningkatkan bilangan penyertaan golongan muda dalam Agro Makanan selaran dengan dasar kedaulatan makanan negara.
  • Menjana pendapatan lebih tinggi di kalangan Agropreneur Muda.
  • Untuk membantu Agropreneur Muda baru yang berpotensi dan belum mampu untuk bersaing kerana kekangan modal (kewangan dan aset) dalam usaha memajukan dan mengembangkan serta meningkatkan imej perniagaan dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

SKOP PEMBIAYAAN :
Skop pembiayaan merangkumi sektor pertanian dan industri asas tani seperti pengeluaran, tanaman, ternakan, perikanan, dan pemasaran.  Pembiayaan adalah dalam bentuk kemudahan dan peralatan serta modal pusingan perniagaan.  Skop pembiayaan adalah meliputi:
  • Pembiayaan secara penjaman tanpa faedah kepada peminjam Agropreneur Muda dan usahawan samaada siswazah/bukan siswazah berumur 18 hingga 55 tahun yang telah menjalankan perniagaan serta berdaftar dengan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
  • Namun begitu kuota sebanyak 70% telah ditetapkan untuk Agropreneur Muda dan usahawan yang berumur antara 18 hingga 40 tahun, manakala kuota sebanyak 30% lagi ditetapkan untuk usahawan yang berumur 41 tahun sehingga 55 tahun.
  • Kadar mnimum pembiayaan adalah sebanyak RM10,000.00 dan maksimum sehingga RM50,000.00.
  • Pembiayaan pinjaman diberikan dalam bentuk peralatan, mesin, dan bahan mentah.
  • Sebanyak 20% daripada nilai permohonan pembiayaan keseluruhan dibenarkan untuk modal pusingan dalam bentuk tunai
  • Walaubagaimanapun Jawatankuasa diberi kelonggaran budi bicara untuk mempertimbangkan bagi meluluskan modal pusingan yang melebihi 20%.

KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON :
Kemudahan dan peralatan dibawah sektor pertanian dan Industri Asas Tani yang boleh dipertimbangkan adalah:
  • Kualiti Pembungkusan, Pelabelan & Penjenamaan
  • Rekabentuk
  • Percetakan
  • Penjenamaan
  • Pendaftaran Jenama Analisa Produk (MY IPO)
  • Analisis produk
  • Insentif Pemasaran
  • Pembelian Kenderaan/lori untuk tujuan Karavan Tani FAMA atau pengangkutan barangan perniagaan
  • Imej dan peralatan
  • Imej dan peralatan
  • Modal Pusingan mengikut jenis perniagaan
  • Peningkatan Pengeluaran/ Pembangunan Premis/Ke Arah Pensijilan Kualiti
  • Pembangunan Premis Baru
  • Naik Taraf Premis
  • Mesin dan Peralatan
  • Input Pertanian/Peralatan/Mesin/Bahan Mentah
  • Jentera Kecil (Pam, Pembajak Kecil)
  • Input Pertanian (Benih, Baja, Racun)
  • Kelengkapan Peralatan Pertanian
  • Pembangunan Francais dan kemudahan peralatan

Pages: 1  2