Perutusan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Tentang pemasaran, FAMA mesti memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dan pastikan tugas asas tidak diabaikan iaitu memastikan setiap hasil pertanian di dalam negara ini dapat dipasarkan. Saya balik kampung baru-baru ini, beli durian kampung tepi jalan satu kilogram RM10. Saya akan bincang dengan KSU, banyak dusun durian kita akan jadikan destinasi agropelancongan. Orang Singapura nak kelainan, nak makan durian, nak dengar durian gugur. Untuk orang kampung, kita akan jadikan kebun mereka pusat pelancongan. Duit yang diberikan kepada mereka boleh buat homestay dan jalan masuk kampung. Belum lagi kita bercakap tentang Harumanis. Semua insentif ini akan kita fokuskan dengan menepati golongan sasar. Ini memerlukan kesungguhan kita dan dalam bab ini LPP memainkan peranan penting untuk memastikan setiap projek ini benar-benar sampai ke golongan sasar, bukan hanya kepada mereka yang buat proposal bagus.

Saya juga berterima kasih dengan komitmen DVS, pada tahun ini insyaAllah, konsep jenamakan semula projek lembu pawah dapat dilaksanakan tahun ini kerana dapat meningkatkan SSL. Ini akan menggembirakan orang kampung dan kita boleh beri tawaran lebih besar kepada anak muda untuk menceburi sektor pertanian.

Sebenarnya dah ada di kalangan mereka yang jadi jutawan. Saya sedang bincang dengan kerajaan Sabah dan Sarawak mereka nak beri tanah dan bayangkan apabila Tun memberi peringatan kepada saya mengenai WKB di sini saya melihat MOA jadi wadah paling penting untuk memberi perkhidmatan ini.

Tahun ini juga saya mahu melihat konsep urban farming dilaksanakan dengan jayanya di bandar dan pinggir bandar. Saya mahu mencabar kementerian saya sendiri tentang konsep ini. Saya mahu melihat ada satu bangunan di kawasan kita ini yang kita benar-benar tunjukkan ini konsep vertical farming, precision farming, urban farming.

Saya menjadi semakin yakin dengan kementerian ini dan saya menganggap anda semua rakan perjuangan yang akan mendukung cita-cita besar ini dan saya yakin semua yang dibincang pagi ini dapat disampaikan dengan baik. Sekiranya kita berpegang kepada janji setia kita kepada rakyat dan negara, semua perkara saya sebut tadi akan dapat menjadi satu kenyataan insyaAllah. Saya ucap terima kasih kepada komitmen yang diberikan dan saya akan pastikan tak ada barrier antara saya dan anda semua. Saya adalah saya, Salahuddin adalah Salahuddin. You can come to see me at any time, you can call me, you can WhatsApp me at any time. Subuh pun tidak apa, itu memang kerja saya dari dulu. Saya bersedia berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.

Saya sangat menghormati pegawai kerajaan. Itu janji saya di hari pertama masuk MOA saya tidak akan mempergunakan anda untuk kegunaan politik. Masa PRK, ada had untuk anda menolong saya. I’ve drawn the line, itu tanda penghormatan saya dan saya tak pernah paksa anda pakai baju parti saya. Saya mahu diberikan sedikit penghormatan di atas kebersamaan kita dan saya akan menghormati anda semua dan saya mengharapkan anda menghormati pegawai-pegawai yang bekerja dengan saya. Kolaborasi itu sangat penting. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Rahman Mamat, kepada semua anggota penasihat kerajaan yang telah banyak berperanan untuk kita pastikan Majlis Penasihat Pertanian juga memberi input penting kepada saya. Saya akan bincang untuk beri mereka kuasa tambahan supaya mereka dapat involved dalam perkara melibatkan dasar yang saya perlukan kepakaran mereka untuk saya terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada kementerian ini insyaAllah.

Kepada Allah saya berserah atas nasib dan masa depan saya, kepada semua marilah kita jadikan MOA pasukan terbaik dan semuanya akan dapat dipraktikkan dan sampai ke golongan sasar. Jangan lupa golongan sasar di luar sana sangat mengharapkan sentuhan kasih dari tangan kita.

 

Pages: 1  2  3  4  5  6  7