Perutusan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Tentang baja, saya akan memastikan sampai pada masanya. Kalau ini pun tak boleh selesai? Ini bukan rocket science. Saya bukan nak Neil Armstrong pergi ke angkasa lagi. Ini pengurusan baja. Kita ada LPP, PPK, yang tahu tanam, tuai bulan berapa. Baja apa nak guna. Tak boleh selesai? Saya minta benda ini diselesaikan. Tak selesai juga nak salahkan siapa? Saya ke Kedah dan Perlis baru ini saya boleh terima, air surut, hujan tidak turun, kemarau datang awal. Ini kerja Tuhan. Tetapi baja kerja Tuhan juga? Benih padi tak sampai kerja Tuhan? Kalau penyakit, BLB, kita selesai secara penyakit. Jangan berulang pada 2020.

Bukan masa untuk kita bermain-main dengan tugas yang diberikan kepada kita dan saya akan memastikan bahawa segala punca kuasa yang ada pada saya akan saya laksanakan sepenuhnya. Saya belajar siapa yang boleh execute kuasa itu. Kata kawan-kawan di parlimen dulu ‘if you have power, you are powerful, if you don’t use your power, you’re a bloody fool and people will make a fool out of you’.

Saya dah belajar kuasa yang ada pada saya dan saya sudah belajar di mana kuasa itu perlu diberikan dan digunakan. Yang penting, saya yang ada kuasa tidak menyalahguna kuasa dan menyeleweng kuasa. Kalau saya melakukan itu, Allah akan hukum saya, parti saya akan hukum saya dan YAB PM akan mengambil tindakan terhadap saya. Selagi mana dengan kuasa yang ada saya mahu MOA memastikan semua arahan dari saya melalui KSU mesti dilaksanakan dengan sempurna mungkin kerana ini menentukan wibawa kita semua.

Apabila kita bercakap tentang banyak lagi dasar yang saya akan beri penekanan, tentang baja, susbidi, pemodenan vesel, tentang bagaimana untuk menggamit anak muda masuk dalam perikanan, kita tidak boleh bergantung kepada vesel yang ada. Siapa nak kerja? Mana-mana pegawai yang pernah naik vesel, tandas tak ada. Nak pergi dua minggu, sebulan, kena runding dengan isteri dulu, kadang-kadang pergi 3 bulan. Jadi pemodenan vesel penting. Vesel buat dalam negeri mahal. Jadi apa polisi kita? Saya dah bincang dengan KP DOF, kita akan wujudkan model baru untuk pemodenan vesel.

Di laut lepas, pindaan Akta Perikanan telah diluluskan dan sekarang semakin ramai pemain yang berminat untuk ke laut lepas. Kita akan bentuk dasar yang jelas tentang pendaratan ikan, percukaian mereka akan kita bincang dengan MOF dan semua ini akan jadikan kita pro business dan melahirkan lebih ramai pemain industri dalam sektor perikanan.

Pages: 1  2  3  4  5  6  7