Perutusan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Saya dah cakap dengan KSU seawal dia masuk pejabat saya mahu pegawai paling hadapan, iaitu pegawai pengembangan yang saya telah beri pujian kepada pegawai-pegawai ini pada bulan Julai yang saya jumpa hampir 1,000 orang di MARDI. Saya punya pengalaman selepas tamat belajar saya jadi petani dan pegawai pengembangan masa itu world class. Wataknya, sopannya, subuh di surau dan sarapan dengan petani. Malam ketuk pintu pak cik beri nasihat. MOA dulu memang mendapat tempat di hati rakyat. Saya mahu KSU senaraikan pegawai pengembangan ini. Mereka mesti baik PR, mesti bagus budi bahasa dan mesti ada passion. Yang tidak sesuai, tukar. Ambil orang baru.

Saya juga minta pegawai di front desk kalau jenis moody, jangan. Mati kita. Yang kena saya. Kalau wanitanya, cantik ini subjektif, tetapi yang boleh bercakap dengan pelanggan. Yang lelaki yang menepati kriteria pegawai front desk. Bila kita ke bank, syarikat korporat, hatta ke Bukit Aman, yang sambut saya PRO itu mesti yang kacak, muka manis, boleh bercakap. Yang ganas duduklah D7, D8, FRU. Bukan saya nak memperlekeh pegawai, mungkin ada watak-watak tertentu yang kena tegas tetapi di front desk mesti dimiliki pegawai yang benar-benar boleh menggambarkan MOA di hati rakyat, MOA payung rakyat, tempat rakyat berteduh dan kita mesti memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Tentang polisi saya akan merombak polisi yang lapuk dan ketinggalan zaman dan saya akan mencipta bersama pegawai kerajaan untuk kita dekati polisi yang lebih relevan dan lebih pantas dan cekap. Isu benih padi dan baja yang lambat sampai kepada petani ini harus kita selesai secara tuntas. Saya akan buat polisi baru, dengan cepat kita laksanakan. Banyak kita kena tinggalkan cara yang tidak lagi relevan. Kita akan pelbagaikan di peringkat output tetapi tidak boleh secara drastik tarik hand brake. Kena ada soft landing, kena santuni mereka. Pelan komunikasi yang lebih efektif harus dibuat di peringkat kementerian.

UKK kena lebih proaktif bukan hanya kerja rutin seharian. Saya akan minta PRO dan UKK akan ada satu pertemuan khas dan saya akan beri direction baru. Saya akan minta yang berminat untuk bekerja dengan UKK kalau rasa tak sesuai minta tukar dengan KSU. Saya mahu yang passionate, yang bukan mengampu saya. Tak perlu UKK buat poster ampu saya. Puji lebih ini orang meluat baca, orang menyampah. Tetapi UKK mesti mempamerkan all the success stories dalam MOA. Saya ucapkan tahniah kepada UKK semasa membuat kad laporan ada 18 achievements yang boleh kita bangga bersama walaupun masih banyak lagi saya tidak puas hati tetapi 18 itu benchmark yang kita boleh develop, ia kejayaan kita bersama. Kita boleh buat lebih dari itu sebenarnya dengan kekuatan kita ada. Kita buat kolaborasi antara kementerian.

Saya dah minta statistik dari KP DOF. Kalau dengan rakyat ini senang, kalau pergi jeti ke Mersing, Kemaman, pantai-pantai di Kelantan, kita kata ‘bagus dah banyak ikan’, cukuplah. Mereka tidak faham statistik. Mereka pergi laut tambah pendapatan. Seperti di pasar nelayan, tak ada orang tengah, hasil dapat ditingkatkan. Setakat Disember dapat tahan 221 bot nelayan asing dalam tempoh tidak sampai setahun. Saya akan terus tegas dalam kabinet, saya minta PM jangan berhentikan Ops Naga. Tengok 5, 6 bulan akan datang insyaAllah ikan akan berenang ke pantai. Jangan ketawakan saya. Ini Ibu Susi ajar saya, iron lady Indonesia. Dia tahan bot asing, dia bakar bot yang masuk. Dia kata beri tiga tahun, dia buktikan dan semasa melawat saya dia katakan ikan-ikan itu berenang di pantai. Dengan hanya bot kecil, tangkapan hasil laut mereka sangat lumayan dan lihat satu persatu dasar mereka membuahkan hasil atas ketegasan dan komitmen pemimpin yang berjiwa rakyat.

Pages: 1  2  3  4  5  6  7