Perutusan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani


Rezeki Tani mesti menjadi agenda kita. Mesti kita berikan apa yang menjadi milik mereka. Cari nelayan, pesawah yang miskin, isteri mereka. Saya ucap tahniah kepada DOF dan LKIM yang berusaha meningkatkan pasar nelayan. Saya tidak syok kalau Faiz nak puji, memang dia nak puji diri dia kalau boleh tetapi bila ada pemberitaan kata pasar nelayan mendapat sambutan, ada kajian kata kalau buat sungguh-sungguh pasar nelayan ini dapat menghapuskan orang tengah, ini kejayaan kita. Saya mahu kita fokus satu-satu. Kalau orang lain boleh memberi pengiktirafan kepada Food Bank yang menolong mahasiswa yang miskin, mengumpul makanan yang tidak habis, menjadikan KPDNHEP ada baby yang boleh dibanggakan. Kita tidak kurang, ada banyak agensi, stakeholders kita lebih ramai.

Saya mahu setiap agensi, FAMA, LKIM, MARDI, NEKMAT, LPP, semua mesti mencipta dua program yang luar biasa. Saya tidak nak yang biasa-biasa. Melawat sana melawat sini, ada mock cheque. Betul kena ada mock cheque itu tetapi bukan itu sahaja. Pergi untuk menyelesaikan masalah. Pemimpin tugasnya adalah untuk menyelesaikan masalah. KSU, sila perhatikan jadual saya, disamping SUSK, SUS, mungkin tahun ini kurang ke pentas rasmi sana, rasmi sini. Media sosial di luar sana meluat tengok menteri dengan tie, kasut hitam. Mungkin saya akan banyak serah kepada setiausaha politik, KSU, TKSU. Lebih banyak tahun ini turun padang jumpa kumpulan sasar kita dan selesai secara tuntas.

LPNM banyak saya dengar success stories tetapi masih belum mendasari untuk tolong benar-benar kerana kita telah letak tanaman nanas dalam sumber kekayaan baru yang mesti kita dapat santuni setiap golongan dan ada pakej yang mahasiswa di universiti bila dia klik portal LPNM, dia akan nampak peluang bekerja untuk mendapatkan pendapatan dengan pakej yang ditawarkan. Saya mahu ini berlaku pada semua agensi barulah anak muda dapat tengok. Bukan mereka jumpa kita bawa proposal, itu pun bila pula selesai, yang menteri minit pun tidak dipedulikan.

Tahun ini saya mewajibkan apabila saya minit sesuatu surat, bila YBTM minit sesuatu surat, wajib untuk dilaksanakan dengan cepat dan akan saya tuntut berapa masa perkara itu mesti ditunaikan. Jangan main-main lagi dan saya tidak akan teragak-agak memastikan pegawai buat kerja dengan baik dan akan mengambil tindakan ke atas pegawai yang tidak mahu bekerja dengan saya. Anda makan gaji. Saya hari ini menteri, esok? Minggu depan saya akan pergi mesyuarat kabinet dan tidak ada lagi rakan saya menteri pendidikan. What’s the moral of the story? Kita tidak boleh kekal dimana kita duduk melainkan kita yakin kita di sini untuk menunaikan amanah Allah, rakyat dan negara.

Saya mahu tahun 2020 ini kita menjadi sebuah kementerian insyaAllah kementerian terbaik di kalangan kementerian yang lain. KSU terbaik, ketua-ketua pengarah yang terbaik dan kita mampu untuk buktikan. Ini suatu yang mudah dan rakyat boleh beri appreciation.

 
Pages: 1  2  3  4  5  6  7