Perutusan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Oleh itu, pasukan kementerian mesti bersama mendukung untuk memastikan golongan ini dapat diselamatkan dan dikeluarkan secepat mungkin dari kumpulan B40 supaya mereka dan generasi akan datang akan dapat berterima kasih dengan anda semua. Kerana khidmat bakti kita pada hari ini akan menjadi langkah yang menyelesaikan permasalahan esok.

Kita tidak boleh work in silo. Setiap jabatan yang wujud dalam kementerian ini, agensi yang berada di landasan betul, semua GLC yang bersama dengan kita harus melihat agenda ini, agenda besar kita. Tidak ada guna mendaki tangga gaji turus tanpa mereka ini menikmati kehidupan yang selayaknya mereka dapat di bawah kementerian yang sangat besar ini. Hidup mati kita di sini bergantung kepada hidup mati mereka. Kita hendaklah menjadikan nafas mereka nafas kita, mesti menjadikan tangisan mereka sebagai tangisan kita dan menjadikan penderitaan mereka juga sebagai penderitaan kita. Usaha ini merupakan amal soleh, esok di akhirat kelak kita akan dapat bahagiannya kerana kita telah usahakan satu ibadah fardu kifayah. Dengan usaha itu kita keluarkan mereka dari garis kemiskinan. Jangan hanya menganggap amal jariah itu mendirikan masjid dan madrasah. Mengeluarkan mereka dari kemiskinan, menyenangkan mereka mendapat subsidi, tidak memaksa mereka menunggu hasil dari kerajaan; adalah fardu kifayah. Kita orang Islam sangat mudah memahami konsep ini kerana dengan apa kita lakukan hari ini, usaha itulah yang akan mengubah nasib dan masa depan mereka.

Kalau kita mengkaji, dan dalam lawatan ke Taiwan, Jepun, Korea Selatan, China, The Netherlands semua pegawai akan cakap kagum dengan negeri kecil seperti Taiwan, Belanda tetapi mengeksport barang pertanian hampir keseluruh dunia. UPM, MARDI, kita ada 600 saintis, kita ada tokoh macam Profesor Fatimah, kita ada pemikir seperti Profesor Jomo yang melahirkan banyak idea besar untuk mengubah landskap pertanian negara tetapi kita masih gagal untuk memastikan Malaysia pada hari ini dapat meningkatkan pendapatan petani-petani kita. Oleh itu, saya mengharapkan KSU akan memastikan kerenah birokrasi yang mungkin menebal lagi dalam agensi dapat dimusnahkan. Kalau tidak dapat musnah 100%, kita pendekkan rantaian birokrasi itu. Samada melalui perolehan atau khidmat nasihat, waiting time sesuatu prosedur itu dapat kita percepatkan. Kerana lebih cepat kita menghantar segala bantuan dari kementerian kepada golongan sasar, mereka akan dapat memajukan diri mereka dan dapat membekalkan makanan yang secukupnya. Kerana itulah MOA wujud.

Objektif utama MOA wujud untuk membekalkan makanan yang secukupnya kepada negara. Dengan makanan yang cukup kita dapat menstabilkan harga makanan bagi rakyat. Ini sangat penting. Jangan ada lagi satu permohonan lesen sampan, jangan ada lagi permohonan untuk mendapat bantuan kerajaan yang dibuat berbulan-bulan dan bertahun-tahun tidak dapat dilaksanakan kerana kerenah birokrasi. Kita yang mencipta peraturan itu jadi kita boleh merombak peraturan itu. Kita boleh give a clear direction kepada jabatan dan agensi untuk mempercepatkan.

Saya ucap tahniah apabila saya diberi kesempatan untuk melancarkan ezi myGap. Daripada 2 tahun untuk dapatkan sijil myGap boleh dipendekkan kepada 3 bulan tanpa berkompromi dengan kualiti dan integriti. Kita mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kita supaya apa yang kita lakukan hari ini akan dapat dimanfaatkan petani-petani kita di seluruh negara.

Pages: 1  2  3  4  5  6  7