PERUNCITAN

Bahagian Peruncitan berfungsi untuk membangunkan dan mentransformasi infrastruktur outlet peruncitan, usahawan serta nilai keusahawanan bagi mendorong peningkatan pendapatan kumpulan sasar.

Ia juga mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dengan membangun / mentransformasi : infrastruktur outlet peruncitan & tahap keusahawanan kumpulan sasar tanpa menjejaskan kepentingan pengguna selaras dengan program transfomasi ekonomi kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga barangan & mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya dalam komponen hasil pertanian makanan. Contoh projek di bawah Bahagian Peruncitan ialah Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Kedai Rakyat Malaysia & Agrobazaar R&R.