Permohonan Lesen Eksport Buahan

Nama Lesen: Lesen Untuk Mengeksport Buah-buahan 
Jenis buah perlu lesen eksport : Buah Belimbing dan Betik Eksotika sahaja
Peraturan yang terlibat: Peraturan - Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pelesenan Pengeksportan Buah-Buahan, 1990)
Tempoh sah Lesen: Satu tahun dari tarikh pembaharuan lesen
Bayaran lesen: RM100.00 setahun
Kawasan dikuatkuasakan: Seluruh Malaysia
Siapa Perlu Mendapatkan Lesen
  1. Pengeksport buah belimbing dan betik Eksotika dalam kawasan dikuatkuasakan

Syarat-Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM dan pemohon mempunyai syer saham dalam syarikat
  4. Syarikat yang dikuasai oleh warga asing disyaratkan pemohon mestilah warganegara Malaysia atau taraf penduduk tetap dengan memiliki pegangan saham minima 30% dalam syarikat atau jumlah pemilikan saham oleh warganegara Malaysia atau penduduk tetap berjumlah tidak kurang 30%
  5. Pemohon yang menjalankan perniagaan di dalam premis kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disyaratkan mempunyai Lesen PBT yang masih sah.
  6. Pemohon tidak bankrap


Cara Memohon
Isi BORANG PERMOHONAN LESEN KELUARAN PERTANIAN (Borang LESEN2017) dan hantar ke Pejabat FAMA berhampiran di tempat pemohon. Borang percuma ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau FAMA Daerah atau MuatTurun borang dalam laman web FAMA. Panduan permohonan seperti berikut:

Permohonan Baru
Isi Borang LB1 (1 salinan) dan hantar ke Ibu Pejabat FAMA.  Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan Pejabat FAMA Negeri. Dokumen berikut perlu disertakan:

  1. Borang LESEN2017 diisi dalam 2 salinan (tulisan huruf besar)
  2. Sertakan 1 salinan Kad Pengenalan (KP) pemohon
  3. Sertakan 2 keping gambar berwarna ukuran pasport
  4. Sertakan 1 salinan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Sertakan bayaran memproses permohonan lesen baru RM200 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang


Permohonan Pembaharuan Lesen
Isi Borang LB2 (1 salinan) dan hantar ke ibu pejabat FAMA.  Borang ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan Pejabat FAMA Negeri. Dokumen berikut perlu disertakan:

  1. Borang LESEN2017 diisi dalam 1 salinan (tulisan huruf besar)
  2. Sertakan salinan KP, SSM masih sah dan Kad Lesen Asal
  3. Permohonan pembaharuan lesen tidak dikenakan bayaran memproses