Perancang Strategik

Bahagian Perancangan Strategik terbahagi kepada tiga (3) Cawangan utama iaitu :
 
  • Cawangan Dasar

    Fungsi utama Cawangan Dasar adalah menguruskan maklumat dan maklum balas mesyuarat, melaksanakan kerja-kerja keurusetiaan bagi Mesyuarat Lembaga Pengarah FAMA, menyelaras penyediaan jawapan dan hal-hal berkaitan Parlimen, menyedia dan menyelaraskan kertas-kertas taklimat FAMA kepada stakeholder.

  • Cawangan Perancangan Belanjawan

    Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan bagi lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. RMKe-11 berfokuskan pelaksanaan dengan strategi, inisiatif dan outcome yang jelas. Bagi tempoh tersebut juga, FAMA telah diletakkkan di bawah Teras Strategik Keenam iaitu Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran.

    Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 - 2020), FAMA telah diluluskan sebanyak 13 projek dengan kos berjumlah RM235.5 juta. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 337 peratus berbanding jumlah kos yang diterima bagi tempoh RMKe-10 iaitu berjumlah RM53.90 juta dengan 25 projek.

  • Cawangan Penilainan & Pemantauan

    Fungsi utama Cawangan Penilaian & Pemantauan adalah:
    1. Menyediakan Laporan KPI Ketua Pengarah FAMA
    2. Menjalankan Pemantauan projek-projek FAMA
    3. Menjalankan Kajian Penilaian Outcome projek-projek pembangunan FAMA
    4. Menyediakan Laporan Tahunan FAMA
    5. Menyediakan Laporan Prestasi Bulanan bagi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) negeri dan pejabat
    6. Melaksanakan Program AZAM Tani
    7. Mengemaskini maklumat dalam Sistem Pemantauan dan Penilaian Projek Pertanian (SPPPP)
    8. Melaksanakan tugas urusetia dan melapor prestasi projek Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) Sarawak.