PENYEDIAAN LUANG / AKSES PASARAN

PENGENALAN
Penyediaan luang / akses pasaran dilaksanakan melalui aktiviti promosi dan karnival IAT bagi membantu usahawan dalam meluaskan pasaran, jaringan hubungan dan meningkatkan jualan produk dan disamping meningkatkan pendapatan usahawan IKS.

OBJEKTIF

  • Sebagai satu saluran untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
  • Membolehkan pengguna mendapatkan produk-produk IAT dengan harga berpatutan.
  • Membantu usahawan memasarkan serta mengetengahkan produk keluaran mereka dipasaran tempatan.
  • Meningkatkan pendapatan usahawan IKS.


FAEDAH YANG DITERIMA

  1. Usahawan dapat memasarkan produk keluaran mereka di pasaran yang lebih luas.
  2. Usahawan dapat mempromosikan produk disamping meningkatkan jualan produk keluaran mereka.


TAHAP PKS


NILAI JUALAN TAHUNAN
(RM)


BENTUK BANTUAN

1

≤ 50,000

1) Khidmat nasihat

2) Jualan promosi di pasar tani

3) Karnival jualan

4) Rakan Agrobazaar K-Shoppe

2

> 50,000 - ≤ 100,000

3

> 100,000 - ≤ 300,000

4

> 300,000 - ≤ 5,000,000

1) Khidmat nasihat

2) Karnival jualan

3) Vendor Agromas

4) Rakan Agrobazaar K-Shoppe

5) Pemadanan perniagaan bersama pasaraya

6) Pasaran eksport

7) Pameran Perdagangan Antarabangsa

5

> 5,000,000 - ≤ 15,000,000

6

> 15,000,000 - ≤ 50,000,000

 

SYARAT - SYARAT
PERMOHONAN

  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA dan mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM.
  • Semua usahawan industri asas tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi tetapi masih mencari luang / akses pasaran yang bersesuaian.
  • Produk yang dikeluarkan mestilah HALAL.
  • Produk perlulah mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang mematuhi keperluan pelabelan Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan.


CARA PERMOHONAN
Pemohon boleh mengisi borang Perkhidmatan IAT yang diperolehi daripada Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.