Penjenamaan AgroMas dan Olemas

Pengenalan 
Agromas adalah jenama yang dibangunkan oleh pihak FAMA yan mana pihak FAMA bertanggungjawab memasarkan produk-produk tersebut. OleMas adalah jenama yang dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan merupakan jenama nasional bagi produk-produk PKS tempatan yang mana pihak FAMA membantu menguruskan pemasaran bagi produk-produk tersebut.

Tujuan

  1. Meningkatkan imej produk dari segi penjenamaan, rekabentuk pembungkusan, grafik dan pelabelan agar dapat berdaya saing dan kompetitif di pasaran.
  2. Meningkatkan jualan dan membezakan dengan produk pesaing.
  3. Untuk membantu usahawan bagi meningkat dan memperluaskan saiz pasaran produk yang dikeluarkan.


Skop Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:
  2. Memberi khidmat nasihat dari segi penjenamaan, pelabelan dan pembungkusan.
  3. Mengadakan program promosi dan 'in-store promotion' dan hebahan media.
  4. Pemilihan produk-produk PKS yang bersesuaian untuk dijenamakan atas nama jenama AgroMas mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang telah ditetapkan oleh pihak FAMA.
  5. Merekabentuk pembungkusan produk usahawan PKS serta menjenamakan produk PKS tersebut kejenama AgroMas.


Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan

  1. Mempunyai produk yang berpotensi untuk dimajukan.
  2. Produk yang hendak dijenamakan adalah produk usahawan PKS sendiri.
  3. Nilai jualan SKU yang dipohon - RM50,000 >/ tahun.
  4. Keputusan Program audit Pembekal (PAP) Gred B.
  5. Mempunyai Sijil Halal dan GMP.
  6. Mematuhi Akta Makanan.


Ciri-ciri produk untuk penjenamaan:

  1. Unik.
  2. Kurang Pesaing.
  3. Berpotensi untuk berkembang.
  4. Mendapat permintaan ramai.


Cara-cara memohon
Setiap permohonan mestilah melalui Pengarah Negeri masing-masing.
Pemohon perlu mengisi borang IAT 01-04/05 dan disertakan:

  1. Sampel Produk.
  2. Profil Produk.
  3. Salinan pendaftaran Perniagaan.
  4. Salinan Sijil Halal.
  5. Salinan Sijil GMP/ISO dan yang berkaitan.
  6. Data nilai jualan produk dan SKU yang dipohon selama setahun.
  7. Senarai outlet edaran sedia ada dan nilai jualan selama setahun.
  8. Laporan jualan promosi dan kajian potensi pengguna.
  9. Sebutharga produk.