Pengesahan Gred Buah (Untuk Tujuan Eksport)

Peraturan Yang Terlibat 
Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pelesenan Pengeksportan Buah-Buahan), 1990

Keperluan Peraturan
  • Semua buah yang hendak dieksport, hendaklah digred, dilabel dan dibungkus mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh FAMA.
  • FAMA akan mengesahkan penggredan buah-buahan tersebut sebelum dibenarkan untuk dieksport. Sijil gred akan   dikeluarkan.

Jenis Buah-Buahan Yang Diwajibkan Untuk Pengesahan Gred
  • Belimbing B10 – untuk eksport ke Kesatuan Eropah, Asia Barat dan Kanada sahaja.
  • Betik Eksotika – untuk eksport ke semua negara, kecuali Singapura.

Cara Memohon Pengesahan Gred
Isi Borang FG1 dan hantar melalui faks kepada pejabat FAMA KLIA sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pemeriksaan jika hantaran akan dibuat melalui laut, atau sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh pemeriksaan jika hantaran  akan dibuat melalui udara.

Tempat Pemeriksaan
  • Premis Pengeksport
    Untuk hantaran melalui laut sahaja (Pengesahan gred akan dilakukan oleh FAMA)
  • Pusat Pemeriksaan Kualiti Hasil Pertanian KLIA
    Untuk hantaran melalui udara sahaja
  • Self-Regulated By Regulated Entities (SRBRE)
    Pengesahan gred dilakukan sendiri oleh jurugred yang bertauliah dipremis pengeskport

Syarat Khusus Sebelum Pengesahan Gred Oleh Fama
Pengeksport mestilah mempunyai lesen eksport buah yang masih sah pada tarikh pemeriksaan oleh FAMA

Bayaran
  • Belimbing - 3 sen/kg.
  • Betik Eksotika – RM5.00 untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kualiti Hasil Pertanian KLIA dan RM20.00    untuk pemeriksaan di tempat lain.