Pengeluaran Lesen Kopi

Nama lesen : Lesen Membeli Kopi 
Bayaran lesen : RM10.00 setahun
Peraturan yang terlibat : Rancangan Pemasaran Kopi 1971
Tempoh sah Lesen : Satu tahun (Lesen tamat pada 31hb. Disember)
Kawasan dikuatkuasakan : Selangor sahaja
Siapa Perlu Mendapatkan Lesen
  1. Semua pembeli buah atau biji kopi yang belum digoreng daripada mana-mana peladang kopi dalam kawasan dikuatkuasakan.
  2. Semua pembeli buah atau biji kopi yang belum digoreng yang membeli bagi maksud penjualan dan pengeksportan sama ada dalam bentuk asal, atau sudah diproses dalam kawasan dikuatkuasakan.

Syarat-Syarat Permohonan
  1. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM dan pemohon mempunyai syer saham dalam syarikat
  4. Syarikat yang dikuasai oleh warga asing disyaratkan pemohon mestilah warganegara Malaysia atau taraf penduduk tetap dengan memiliki pegangan saham minima 30% dalam syarikat atau jumlah pemilikan saham oleh warganegara Malaysia atau penduduk tetap berjumlah tidak kurang 30%
  5. Pemohon yang menjalankan perniagaan di dalam premis kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disyaratkan mempunyai Lesen PBT yang masih sah.
  6. Pemohon tidak bankrap


Cara Memohon

Permohonan Baru atau Permohonan Pembaharuan
Isi BORANG PERMOHONAN LESEN KELUARAN PERTANIAN (Borang LESEN2017) dan hantar ke Pejabat FAMA berhampiran di tempat pemohon. Borang percuma ini boleh didapati daripada Ibu Pejabat FAMA dan semua Pejabat FAMA Negeri atau FAMA Daerah atau MuatTurun borang dalam laman web FAMA. Panduan permohonan seperti berikut:

Panduan Permohonan Lesen Baru

  1. Borang LESEN2017 diisi dalam 2 salinan (tulisan huruf besar)
  2. Sertakan 1 salinan Kad Pengenalan (KP) pemohon
  3. Sertakan 2 keping gambar berwarna ukuran pasport
  4. Sertakan 1 salinan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Sertakan bayaran memproses permohonan lesen baru RM200 dalam bentuk wang tunai/cek/Wang Pos/Kiriman Wang


Panduan Permohonan Pembaharuan Lesen

  1. Borang LESEN2017 diisi dalam 1 salinan (tulisan huruf besar)
  2. Sertakan salinan KP, SSM masih sah dan Kad Lesen Asal
  3. Permohonan pembaharuan lesen tidak dikenakan bayaran memproses