Pengeksportan Isi Durian Sejuk Beku ke China

1. PENGENALAN 

• Protokol eksport isi durian sejuk beku ditandatangani pada 12 Mei 2008
• Laluan pasaran isi durian sejuk beku telah diluluskan oleh General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of the People's Republic of Chaina (AQSIQ) pada 11 Mei 2011.
• Varieti yang sesuai untuk pengeksportan ke China ialah D24 & D197 (Musang King).

2. SYARAT EKSPORT ISI DURIAN SEJUK BEKU KE REPUBLIK RAKYAT CHINA

• Buah durian mestilah dari ladang yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dan telah menerima sijil Skim Akrdetasi Ladang Malaysia (SALM)
• Buah diproses di kilang yang mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta diluluskan oleh AQSIQ
• Isi durian hendaklah disejukbeku pada suhu -30 C selam 30 minit, disimpan dan dieksport pada suhu -18C

3. PROSEDUR DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

• Inbois
• Packing List
• Sijil Tempasal (Certificate of Origin) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Permohonan Borang E secara Online melalui laman sesawang Dagang Net
• Sijil Pengesahan Pemprosesan Isi Durian Sejuk Berku (dikeluarkan oleh pusat yang memproses)
• Sijil Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan
• Sijil Fitosanitasi daripada Jabatan Pertanian
• Mendaftar sebagai pengeksport dengan FAMA bagi permohonan Sijil Perakuan Pematuhan  3P (GPL)/(Certificate of Conformity) secara Online melalui www.e3p.fama.gov.my
• Mendaftar sebagai pengeksport dengan MAQIS bagi permohonan Permit Eksport secara Online melalui epermit.dagangnet.com

4. PUSAT- PUSAT PEMPROSESAN ISI DURIAN SEJUK BEKU

 

   ** Pusat pemprosesan yang diluluskan sehingga April 2019


5. PEMBUNGKUSAN & PELABELAN


• Saiz Pembungkusan : 400g/500g per kotak / bergantung kepada keperluan negara pengimport
• Pembungkusan isi durian sejuk beku hendaklah menggunakan bahan pembungkusan yang baru dan bersih dan memenuhi syarat Fitosanitasi, keselamatan dan piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh AQSIQ
• Setiap pallet mestilah mempunyai perkataan berikut dalam bahasa Cina (For the People's Republic of China)
• Setiap pallet mestilah mempunyai maklumat seperti berikut dalam Bahasa Inggeris dan Cina

• Name of goods
• Place and stste of production
• Farm Code
• Country of origin
• Name and address of processing factory
• Name and address of exporter
• Date of packaging
• Date of minimum durability
• Net weight etc.