Penganjuran pemasaran

Pengenalan

Penganjuran Pemasaran adalah pendekatan yang dirancang oleh FAMA bagi memperkenal dan memperluaskan pasaran produk hasil pertanian. Program ini dilaksanakan melalui berbagai aktiviti promosi dan penganjuran karnival, ekspo pesta dan jualan konsesi di pasaraya.

Tujuan

• Memberi peluang kepada usahawan pemborong memasar dan mempromosikan produk mereka terus kepada pengguna
• Untuk meningkatkan jaringan perniagaan usahawan dan memperluaskan peluang pasaran baru
• Membolehkan usahawan pemborong memahami kehendak pasaran dari segi permintaan dan arah aliran pasaran
• Membantu usahawan pemborong menembusi pasaran, khususnya hyper/supermarket


Skop Perkhidmatan FAMA

• Menyediakan gerai dan rak jualan
• Mengadakan karnival, pesta, ekspo dan promosi
• Mengadakan publisiti dan iklan
• Mendapatkan kelulusan menyewa tapak perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
• Memberi peluang usahawan membuat konsesi/truck sales/kaunter promosi pasaraya terpilih
• Memberi peluang usahawan membuat promosi dalam pasaraya (in-store promotion)
• Memberi peluang usahawan menyertai pameran perdagangan di dalam dan luar negara
• Menyediakan bahan promosi seperti bunting, kain rentang, kertas iklan dan bahan-bahan lain yang sesuai


Kumpulan Sasaran

• Semua usahawan tani yang terlibat di dalam aktiviti pengeluaran


Kelayakan

• Usahawan mesti berdaftar dengan FAMA
• Produk usahawan mestilah berpotensi untuk dipasarkan

Cara Memohon

Dapatkan keterangan lanjut daripada bahagian yang berkenaan di Ibu Pejabat FAMA:

• Bahagian Urusniaga Segar
• Bahagian Komoditi Pelbagai (Tanaman Pelbagai, Ternakan & Akuakultur)