PENDIDIKAN PEMASARAN & KHIDMAT PERUNDINGAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN PEMASARAN & KHIDMAT PERUNDINGAN

 

  1. FUNGSI BAHAGIAN

    Membina keupayaan kumpulan sasar melalui latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan perundingan dalam ilmu pemasaran agromakanan.

  2. PERANAN BAHAGIAN

  • Memindahkan maklumat, teknologi dan kemahiran pemasaran kepada kumpulan sasar melalui program – program pendidikan dan khidmat nasihat.

  • Meningkatkan amalan pemasaran baik dikalangan kumpulan sasar ke arah jaminan bekalan makanan dengan nilai tambah dan memenuhi kehendak pasaran.

  1. LATAR BELAKANG

    Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan industri agromakanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi lebih produktif, berdaya saing dan berintensifkan pengetahuan

     

  2. OBJEKTIF

  • Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan memiliki daya tahan yang tinggi berteraskan pengetahuan, kemahiran, teknologi dan inovasi.

  • Mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai daripada 30% - 50% kepada 10% - 30% disepanjang rantaian bekalan menerusi amalan - amalan baik dalam pemasaran.

  • Memperluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar menerusi amalan penjagaan kualiti dan penentuan gred untuk pasaran.

  1. PERLAKSANAAN PROJEK (SKOP)

  • Khidmat Nasihat Dan Latihan Pengurusan Pemasaran Dan Perniagaan

  • Khidmat Nasihat Dan Latihan Amalan Pemasaran Baik Keluaran Pertanian

  • Khidmat Nasihat Dan Latihan Amalan Kualiti Dan Gred Keluaran Pertanian

  • Pembangunan Bahan Pendidikan

 

  1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Usahawan FAMA (Peserta Ladang Kontrak(LK), Industri Asas Tani (IAT), Peserta Pasar Tani, dan lain-lain)

  • Usahawan Agromakanan ( Produk sayur, buah dan Industri Asas Tani)

  • Usahawan Baru

 

  1. CARA PERMOHONAN

    Bagi kursus-kursus yang dibuka kepada umum, permohonan penyertaan perlu dibuat menerusi pautan permohonan dalam talian yang diberi.

    Pengumuman perlaksanaan kursus akan dibuat menerusi Laman Web Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di www.fama.gov.my dan di laman sosial rasmi Facebook Pendidikan Pemasaran FAMA di https://www.facebook.com/PendidikanPemasaranFAMA