Pembiayaan Mikro MYAGROSIS Agropreneur Muda

Diperkenalkan oleh FAMA pada Disember 2015, usahawan, petani, penternak dan nelayan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pembiayaan tanpa faedah daripada FAMA yang meliputi skop seperti berikut Kualiti  Pembungkusan, Pelabelan & Penjenamaan, Insentif Pemasaran,  Peningkatan Pengeluaran/ Pembangunan Premis/ Ke Arah Persijilan Kualiti, Input Pertanian/Peralatan/Mesin/Bahan Mentah, Pembangunan Francais dan kemudahan peralatan, serta modal pusingan.  Terbuka kepada usahawan berumur 18 -55 tahun. 70% kuota untuk usahawan 18 - 40 tahun dan 30% untuk usahawan berumur 41 – 55 tahun.  Pembiayaan minimum adalah RM10,000 dan pembiayaan maksimum RM50,000 dengan tempoh bayaran balik 1 – 5 tahun.