PEMBANGUNAN USAHAWAN PENGEDAR

PENGENALAN
FAMA turut melibatkan diri dalam pemasaran produk makanan berjenama Agromas serta produk IAT yang berpotensi di dalam dan luar negara. Perlantikan pengedar adalah untuk mengedarkan produk-produk ke kawasan geografi tertentu. Pengedar yang dilantik akan bertindak sebagai wakil atau ejen pengeluar atau pembekal.

OBJEKTIF

  • Meluaskan segmen dan saiz pasaran produk
  • Memberi peluang kepada usahawan pengedar untuk menambah bilangan produk edaran.
  • Meningkatkan kemahiran usahawan pengedar.


FAEDAH YANG DITERIMA

  1. Meluaskan saiz kawasan edaran dan meningkatkan nilai jualan usahawan pengedar.
  2. Menambahkan bilangan SKU produk untuk edaran.
  3. Bantuan promosi produk di outlet-outlet edaran.
 

SYARAT - SYARAT
PERMOHONAN

  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA dan mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM.
  • Berkemampuan dari segi modal dan kemudahan logistik.
  • Mempunyai tenaga kerja yang cekap dan mencukupi.
  • Mempunyai pengalaman yang cukup di dalam bidang pengedaran produk ke outlet-outlet runcit.
  • Mempunyai ruang pasaran yang sedia ada untuk pasaran produk sendiri.


CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon boleh mendapatkan borang Permohonan Pengedar di FAMACorp Ibu pejabat atau FAMACorp Negeri.
  2. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).