Pengedaran Barangan Proses

Pengenalan
FAMA telah pun melibatkan diri dalam pemasaran produk makanan berjenama AgroMas dan OleMas serta produk PKS yang berpotensi. Pada masa kini, produk-produk tersebut telah berjaya dipasarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

Tujuan

  1. Memperluaskan segmen dan saiz pasaran produk.
  2. Memberi peluang kepada usahawan pengedar untuk menambah bilangan produk edaran.
  3. Meningkatkan kemahiran usahawan pengedar.
  4. Mewujudkan usahawan pengedaran bimbingan FAMA.

Skop Perkhidmatan
  1. Latihan dan bimbingan.
  2. Membantu mempromosikan produk.
  3. Penyeliaan seorang pegawai khas FAMA.
  4. Menggunakan kemudahan depo FAMA.
  5. Kemudahan-kemudahan lain yang bersesuaian.

Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan
  1. Usahawan mesti berdaftar dengan FAMA.
  2. Mempunyai syarat yang berdaftar sekurang-kurangnya syarikat 'Sdn. Bhd.'.
  3. Berkemampuan dari segi modal dan kemudahan logistik.
  4. Mempunyai tenaga kerja yang cekap dan mencukupi.
  5. Mempunyai ruang pasaran yang sedia ada untuk pasaran produk sendiri.
  6. Bersedia menerima cadangan dari FAMA untuk meningkatkan prestasi.
  7. Mengisi borang permohonan pengedar.

Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui Cawangan Edaran, Lembaga Pemasaran Pertanian persekutuan (FAMA).
Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014