Pembangunan Usahawan Kontrak Pemasaran

Pengenalan  
Pembangunan Usahawan Kontrak Pemasaran adalah ikatan persetujuan di antara petani dengan FAMA, di mana petani bersetuju mengeluarkan hasil pertanian mengikut jenis, varieti, kualiti, gred pembungkusan dan jadual pengeluaran yang ditetapkan oleh FAMA.
Sebagai balasan, FAMA akan menjamin pasaran hasil pertanian tersebut, mengikut terma-terma di dalam kontrak.

Tujuan

• Meningkatkan pengeluaran makanan negara melalui pendekatan yang sistematik.
• Mengadakan ruang pasaran yang terjamin kepada petani dan pengeluar.
• Mempercepatkan proses pemindahan teknologi pertanian dan perlaksanaan peraturan pemasaran makanan.
• Membina usahawan tani daripada kalangan petani yang berdaya maju.

Skop Perkhidmatan FAMA

• Khidmat jaminan pemasaran hasil pertanian pada harga yang kompetitif
• Khidmat Pembangunan Pasaran dari segi penggredan, pembungkusan dan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL)

Kumpulan Sasaran

• Usahawan perseorangan
• Peladang kelompok
• Syarikat swasta seliaan jabatan/agensi kerajaan

Kelayakan

• Mempunyai kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan/sewaan yang sah
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
• Berpengalaman dalam mengeluarkan komoditi yang diusulkan
• Mempunyai modal kerja yang mencukupi

Cara Memohon
Dapatkan keterangan lanjut daripada:

Cawangan Pembangunan Ladang Kontrak Sayur dan Buah, Ibu Pejabat FAMA
atau
Pejabat FAMA yang berhampiran.