Pembangunan Kualiti Produk

Pengenalan 
Produk makanan hendaklah sentiasa berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna.Ini dapat dicapai dengan mengamalkan sistem pengurusan kualiti secara berperingkat seperti GHP, GMP dan HACCP.

Produk makanan yang dipasarkan perlu mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Tujuan
Memastikan produk PKS mematuhi Perundangan Makanan.
Memastikan produk PKS selamat untuk dimakan daripada aspek bahaya kimia,mikrobiologi dan fizikal.
Produk diproses dengan cara yang betul.
Menyokong program pelantikan vendor FAMA berjenama AgroMas dan OleMas serta kontrak pembekalan 'Housebran'.
Menyediakan maklumat pemakanan bagi penyediaan label pembungkusan yang betul.

Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:

# Kategori Perkhidmatan Kepentingan Kepada Usahawan
1 Analisis kepatuhan produk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Memastikan produk tidak menyalahi perundangan makanan.
2 Analisis Maklumat Pemakanan. Memastikan produk mempunyai maklumat pemakanan
3 Khidmat nasihat pembangunan sistem kualiti. Memberikan pengetahuan bagi melaksanakan sistem pengurusan kualiti seperti GHP, GMP dan HACCP.
4 Program Audit Pembekal (PAP) Pemeringkatan tahap keupayaan pengurusan kualiti


Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan

  1. Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberi kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi (PKS tahap 3 ke atas).
  2. Berdaftar dengan FAMA
  3. Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  4. Setiap usahawan hanya boleh diberikan perkhidmatan bagi satu produk yang dikeluarkan sahaja.


Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau mana-mana Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014