PEMASARAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)

Objektif utama pelaksanaan program di bawah Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani adalah untuk meningkatkan jualan dan pendapatan usahawan yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan pemprosesan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) makanan.

Selaras dengan objektif tersebut, fokus utama program pemasaran FAMA di bawah Bahagian Pemasaran IAT adalah untuk meluas dan meningkatkan pasaran serta daya saing produk IKS yang dikeluarkan oleh usahawan berkenaan sama ada bagi pasaran domestik mahupun global.