Pasar tani

Bahagian Pasar Tani FAMA berfungsi untuk menyelia, mengurus serta melaksanakan program pembangunan dan perancangan untuk kemajuan Pasar Tani. Bahagian ini berfungsi menguruskan permohonan penyertaan Pasar Tani, pengurusan peserta Pasar Tani, dengan tujuan menyediakan dan meningkatkan akses pasaran kepada pertani dan usahawan industri asas tani dalam memasarkan hasil pertanian dan produk makanan terus kepada pengguna. Ia juga berperanan meningkatkan keberkesanan amalan niaga, kecekapan, tahap keusahawan dan pendapatan usahawan pemasar di samping mampu mengsejahtrakan ekonomi pengguna. Projek-projek di bawah Bahagian Pasar Tani adalah seperti Pasar Tani, Myfarm Outlet, Karavan Tani, Motosikal Tiga Roda (M3R), Program Pasar Bergerak Malaysia.