PASAR BERGERAK (PBM)

PENGENALAN  

Pasar Bergerak Malaysia (PBM) merupakan bas yang diubahsuai sebagai  pasar mini bergerak untuk  memasarkan  barangan keperluan harian terus kepada pengguna secara bergerak di kawasan bandar  dan pinggir bandar.

LATAR BELAKANG

  1. Diwujudkan pada tahun 2013 bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
  2. Berperanan mengedarkan barangan keperluan harian termasuk barang kawalan kepada pengguna bagi mengurangkan kesan kenaikan harga dan kekurangan bekalan.
  3. Terdapat 5 buah PBM yang beroperasi di 4 buah zon iaitu :
    1. Wilayah Utara – Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang . Penempatan di Pusat Operasi FAMA Bukit Mertajam, Pulau Pinang
    2. Wilayah Tengah – Negeri Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor . Penempatan di Pusat Operasi FAMA Dengkil, Selangor.
    3. Wilayah Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Penempatan di Pusat Operasi FAMA Johor Bahru, Johor.
    4. Wilayah Timur – Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Penempatan di Pusar Operasi FAMA Kuantan, Pahang.
  4. Kawasan Operasi PBM ini meliputi kawasan  seperti berikut:
    1. Perumahan Awam
    2. Pejabat Kerajaan
    3. Karnival dan Ekspo
    4. Pasar Tani
    5. Program anjuran Kementerian dan Agensi kerajaan

OBJEKTIF
OBJEKTIF 
  • Mewujudkan mekanisma khidmat sosial bagi pengedaran barangan  kawalan dan keperluan harian kepada pengguna dalam  menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna dan kekurangan bekalan
     
  • Mewujudkan luang pasaran alternatif bagi mempromosi produk industri asas tani khususnya keluaran bumiputra.

MATLAMAT
Mewujudkan  luang pasaran alternatif yang berperanan mengedarkan barangan keperluan harian terus kepada pengguna bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan pengguna dan kekurangan bekalan.

PRODUK JUALAN
  1. Barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak
  2. Produk makanan segar seperti sayur-sayur dan buah-buahan
  3. Produk makanan sejuk beku seperti kuih tradisional dan roti canai
  4. Produk asas tani keluaran tempatan seperti kerepek pisang, sos dan kicap
  5. Barangan keperluan harian bukan makanan seperti sabun, barangan kelengkapan dan lain-lain.

GOLONGAN SASAR

  1. Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  2. Projek Perumahan Awam (PA) dibandar
  3. Masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana
  4. Mangsa bencana alam.

IMPAK PROGRAM
  1. Peningkatan bilangan pengguna yang mendapat manfaat bekalan secara terus bagi barangan keperluan harian dan produk Industri Asas Tani
  2. Peningkatan luang pasaran bagi usahawan mempromosi dan memperkenalkan  produk Industri Asas Tani khususnya bagi produk baru