Objektif 1Malaysia Best

1Malaysia Best merupakan satu Perakuan Jenama (Endorsement Brand) yang melambangkan identiti Malaysia untuk meningkatkan jualan dan profil produk-produk berasaskan pertanian di pasaran tempatan dan global.

Objektif 
Secara amnya, objektif jenama 1Malaysia Best adalah:

  1. Mewujudkan satu jenama yang berkesan dan menyeluruh oleh pihak Kementerian bagi pasaran global dan tempatan.
  2. Membantu menaikkan taraf produk-produk berasaskan pertanian keluaran tempatan bagi pasaran antarabangsa.
  3. Meningkatkan penggunaan dan permintaan antarabangsa bagi produk-produk berasaskan pertanian.
  4. Mewujudkan kestabilan dalam setiap situasi dan keadaan ekonomi.


Penerangan Logo Malaysia's Best

  1. Identiti 1Malaysia diadaptasikan dan dikembangkan dengan penambahan perkataan ‘Best'.
  2. Lambang mercu tanda Malaysia yang menterjemahkan identiti Malaysia diperingkat global.
  3. Lingkaran berbentuk bujur bagi menonjolkan kekukuhan logo dengan penampilan imej yang jelas dan nyata.
  4. Garisan berbentuk separa bumi menunjukkan segala produk yang dihasilkan adalah bertaraf dunia untuk pasaran global.