Motosikal Tiga Roda


INSENTIF KEPADA USAHAWAN

  1. Pembayaran balik sebanyak 50% daripada nilai asal motosikal dengan bayaran balik secara ansuran bulanan bagi tempoh 1 – 5 tahun.
  2. Peralatan Motosikal Tiga Roda yang lengkap dengan kemudahan kotak tepi mengangkut barangan (side box).
  3. Peralatan tambahan seperti topi keledar, baju hujan, ves keselamatan, absorber tambahan pada bahagian motosikal, kunci keselamatan dan kotak penyimpanan.
  4. Latihan dan kursus keusahawanan.
  5. Bantuan bahan-bahan promosi dan publisiti

KUMPULAN SASAR

  1. Petani, peternak, nelayan dan usahawan industri asas tani.
  2. Peraih hasil pertanian.
  3. Penjaja makanan dan minuman.
  4. Usahawan peruncitan
  5. Belia dan siswazah.
  6. Golongan berpendapatan rendah (B40).
  7. Pesara dan bekas tentera.

IMPAK PROGRAM

  1. Peningkatan volume bekalan hasil-hasil pertanian berskala kecil untuk dibawa ke outlet pasaran.
  2. Peningkatan bilangan usahawan pemasar.
  3. Peningkatan pendapatan petani dan usahawan pemasar
  4. Peningkatan bilangan outlet pasaran hasil-hasil pertanian


SYARAT-SYARAT

SYARAT-SYARAT
  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan juga tidak melebihi 60 tahun.
  2. Sedang menjalankan aktiviti mengumpul, meraih dan menjaja hasil-hasil pertanian luar bandar seperti berikut:
    • sayur-sayuran
    • buah-buahan
    • tanaman jangka pendek
    • hasil ternakan
    • akuakultur 
    • industri hiliran berasaskan makanan
  3. Mempunyai lesen-lesen perniagaan yang sah seperti berikut:
    • Lesen Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya   Syarikat Malaysia (SSM)
    • Lesen Memandu Motosikal Kelas B2
    • Lesen Memandu Motosikal Tiga Roda Kelas C   
      (Nota: Pemohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai lesen memandu jenis L bagi kelac C
      Wajib mendapatkan lesen kelas C setelah berjaya menerima Motosikal Tiga Roda)
    • Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barangan Malaysia (GDL) Kelas C
  4. Boleh bekerjasama dengan FAMA dan bersedia mematuhi segala peraturan yang ditentukan oleh FAMA.
  5. Bersedia untuk mengikuti Kursus Keusahawanan Peruncitan dan pengambilan lesen C dan GDL (Kelas C) yang dianjurkan oleh FAMA.
  6. Wajib berada dibawah program sekurang-kurangnya 5 tahun daripada tarikh menyertai program M3R.
  7. Setiap individu hanya dibenarkan memohon sebuah Motosikal Tiga Roda sahaja.

 

CARA-CARA PERMOHONAN

  1. Melengkapkan Borang Permohonan M3R yang boleh diperolehi secara percuma dari Pejabat FAMA berhampiran atau dimuat turun dari Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) www.fama.gov.my. Sila klik Borang Permohonan untuk muatturun Borang Permohonan Projek Motosikal Tiga Roda (M3R).
  2. Mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan ke Pejabat FAMA yang berdekatan.
Pages: 1  2