Perutusan daripada Ketua Pengarah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 
Laman web rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada rakyat mendapatkan maklumat berkaitan FAMA secara maya selaras dengan perkembangan maklumat semasa. Di era teknologi maklumat sekarang ini, penyebaran maklumat menjadi pantas dan tidak bersempadan. Penyampaian maklumat juga sudah menjadi semakin mudah di zaman ini. 


FAMA sebagai sebuah agensi pemasaran pertanian negara, akan terus bergerak membangunkan teknologi informasi dalam menyalurkan maklumat mengenai peranan dan perkhidmatan FAMA kepada golongan sasar. Semua usahawan tani, perantara pasaran, pengguna dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui maklumat mengenai pemasaran pertanian di Malaysia boleh mendapatkan maklumat melalui laman web ini. 


Diharapkan agar pengguna dapat memperolehi input yang berguna di samping memperolehi ilmu pengetahuan mengenai peranan dan program-program yang diwujudkan oleh FAMA demi untuk kesejahteraan rakyat. Laman web ini juga adalah sebagai saluran alternatif kepada rakyat bagi memperolehi maklumat mengenai pemasaran pertanian negara.
Pengurusan FAMA amat mengharapkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan laman web ini agar ianya menepati kehendak dan kemudahan anda, pelanggan yang kami hargai.


Selamat melayari laman web FAMA ini.


Sekian, terima kasih. 


Zainal Abidin Bin Yang Razalli
Ketua Pengarah 
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)