MAKLUMAT PASARAN

Bahagian Maklumat Pasaran berfungsi untuk membekalkan maklumat pertanian melalui pendekatan-pendekatan terkini. Aktiviti pengumpulan dan pemantauan harga dan bekalan bagi keluaran hasil pertanian terpilih secara rutin dilakukan. Maklumat tersebut disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Antara contoh aktiviti pengutipan maklumat yang dilaksanakan adalah seperti berikut;
 
  • Pengutipan Maklumat Harga Keluaran Pertanian Terpilih mengikut peringkat ladang, borong dan runcit seluruh Malaysia
  • Program Kutipan Maklumat Harga di Pasar Awam sebagai perbandingan dengan harga di Pasar Tani.
  • Program Pemantauan Kutipan Harga ke seluruh negeri.
  • Pemantauan Maklumat Pengeluaran Buah-buah Bermusim Terpilih
  • Pemantauan Data Bekalan Kobis di Cameron Highlands.
  • Program Pemantauan MY FARM Outlet Peringkat Peniaga dan Pengunjung.
  • Penerbitan Buku Warta Barangan
  • Bengkel Kemahiran Interpersonal & Komunikasi Berkesan

Di samping itu, maklumat secara sekunder data perdagangan luar negara makanan dan hasil pertanian terpilih bagi Malaysia juga dikumpul. Maklumat ini diperoleh daripada Seksyen Informasi Strategik, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.