Logistik

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PEMASARAN LOGISTIK

Pengenalan 
Perkhidmatan logistik yang disediakan oleh FAMA merangkumi penyediaan kemudahan-kemudahan sokongan di dalam pembangunan infrastruktur seperti pengangkutan, penyimpanan (makmal, bilik sejuk dan gudang), pemprosesan, latihan kakitangan dan sistem operasi.

Tujuan

• Memberi khidmat sokongan untuk aktiviti pembangunan, pengurusan dan urusniaga FAMA.
• Memberi perkhidmatan pengangkutan kepada petani-petani dan kumpulan sasaran untuk mengangkut dan mengedarkan hasil-hasil pertanian mereka ke pasaran dengan cepat dan tepat

Skop Perkhidmatan FAMA

• Menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersesuaian dengan keperluan komoditi
• Menyediakan kemudahan penyimpanan yang sesuai di setiap kemudahan infrastruktur
• Membangun dan menentukan sistem operasi yang sesuai bagi setiap kemudahan infrastruktur
• Menyediakan program latihan yang sesuai untuk semua kategori pekerja logistik

Kumpulan Sasaran

• Perantara Pasaran
• Pengeksport

Kelayakan
Perkhidmatan logistik disediakan bersama-sama kemudahan infrastruktur yang ada. Kemudahan ini akan disesuaikan mengikut keperluan setempat dan semasa.

Cara Memohon

• Permohonan boleh dibuat kepada Pengarah FAMA Negeri yang berdekatan dengan menyerahkan kertas kerja yang mengandungi maklumat seperti lingkungan kawasan perkhidmatan, jumlah peserta projek, perkhidmatan yang diperlukan, kos dan maklumat-maklumat yang sesuai.