Ladang Kontrak

Perkhidmatan Sokongan Dari FAMA
 
1. Kemudahan Infrastruktur
Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.

2. Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:

• Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
• Maklumat bekalan dan permintaan
• Kajian potensi pasaran
• Senarai perantara pasaran

3. Khidmat Nasihat dan Rundingan
Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.

4. Penerokaan dan Pembangunan Pasaran
Penerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.

Perkhidmatan Sokongan Dari Jabatan/ Agensi Lain
 
1. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

• Pembiayaan infrastruktur asas
• Penyaluran input awal
• Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
• Pengaturan program latihan
• Penyediaan kemudahan komunikasi/ICT

2. Jabatan Pertanian

• Khidmat nasihat pengembangan
• Bantuan insentif pertanian
• Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
• Penyertaan skim SALM

3. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

• Bantuan Input Petanian
• Bantuan Bahan Input Tambahan
• Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
• Kemudahan Infrastruktur

4. MARDI

• Research & development
• Perkhidmatan bimbingan
• Program latihan

Pages: 1  2  3  4  5