Ladang Kontrak

Faedah Ladang Kontrak

Antara faedah yang diperolehi dengan menyertai ladang kontrak ialah:

1. Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
2. Menjana dan menambah pendapatan
3. Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan
4. Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan
5. Menikmati peluang menjalani kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian

Kaedah Perlaksanaan

Kaedah pemasaran bagi program ladang kontrak dilaksanakan melalui 2 cara. Iaitu:

1. Pengaturan Pasaran

• Pengeluar dengan Pengilang/Pemproses
• Pengeluar dengan Institusi (hyper/supermarket )
• Pengeluar dengan Pengumpul / Peraih / Pemborong

2. Belian Terus Oleh Fama

• Kontrak Belian Mengikut Peratus
• Kontrak Pajakan Bermusim

Belian Terus Oleh Fama

1. Belian Mengikut Peratus

• Penghasilan 50 % dijual kepada FAMA dan baki 50% dijual oleh pengusaha sendiri
(Maksud 50% adalah penjualan mengikut hari secara bergilir bagi penghasilan semua gred yang diikat kontrak)
• Menandatangani perjanjian kontrak ladang

2. Belian Kontrak Pajakan Bermusim

• Pendahuluan boleh di beri tidak melebihi 20% daripada hasil pengeluaran
• Pendahuluan di kira sebagai hutang dan akan di tolak dari hasil yang di jual kepada FAMA
• Menandatangani perjanjian kontrak ladang

Pemasaran Hasil Ladang Kontrak
 
Semua hasil pengeluaran Ladang Kontrak akan

1. Pasar Borong/ TEMAN/ Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
2. Rangkaian Hypermarket dan Supermarket
3. Peruncitan – Pasar Tani, Pasar Malam dan rangkaian pasar mini/kedai
4. Pembeli institusi seperti MAS, IPTA dan Maktab Perguruan
5. Usahawan Industri Asas Tani
6. Eksport

Pages: 1  2  3  4  5