LADANG KONTRAK

PENGENALAN

  • Dalam RMKe-9, sektor pertanian telah diberi tumpuan yang khusus khasnya kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai jentera pertubuhan ekonomi ketiga negara.
  • Penekanan diberi kepada bidang pengeluaran berkualiti dan nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan serta pemasaran yang teratur.
  • Pendekatan secara bersepadu di antara Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.


DEFINISI
Satu ikatan persetujuan di antara pemasar dengan pengeluar melalui:

  • FAMA menjamin pasaran melalui belian terus berasaskan terma dipersetujui atau
  • FAMA mengatur pasaran atau
  • FAMA menjadi fasilitator kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurusan terus dengan pemasar di mana petani perlu membekalkan produk mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam terma perjanjian yang dipersetujui bersama.
     

OBJEKTIF

  • Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar.
  • Mempertingkatkan pengeluaran buah- buahan dan sayur- sayuran.
  • Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.
  • Mempertingkatkan pemindahan teknologi di sepanjang rantaian bekalan.


FAEDAH LADANG KONTRAK
Petani:

  1. Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan.
  2. Menjana dan menambah pendapatan.
  3. Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
  4. Jamian kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.
  5. Menikmati peluang kursus dan latihan untuk menigkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

Pembeli:

  1. Mendapat belakan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran.


KAEDAH BELIAN PRODUK LADANG KONTRAK 

  1. Belian pada harga tetap.
  2. Belian pada harga semasa, disokong dengan harga lantai.
 

SYARAT - SYARAT
PERNYERTAAN

  • Individu Perseorangan / Kelompok Petani / Syarikat.
  • Memiliki Kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan / sewaan yang sah disisi undang- undang.
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan.
  • Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah dan sayur yang diusulkan.
  • Mempunyai modal kerja yang mencukupi.


CARA PERMOHONAN 
Permohonan untuk menyertai Ladang Kontrak boleh di pohon di semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian yang berdekatan:

  1. Jabatan Pertanian (DOA)
  2. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) / Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  3. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  4. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  5. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah)
  6. Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak).