KONTRAK PENGILANGAN

PENGENALAN
Kontrak pengilangan adalah satu perkhidmatan FAMA kepada usahawan dalam pengeluaran produk makanan di premis FAMA berdasarkan spesifikasi dan persetujuan bersama.

OBJEKTIF

  • Membantu usahawan yang tiada kilang untuk mengeluarkan produk makanan dibawah jenama usahawan.
  • Menjamin produk yang dikeluarkan untuk usahawan adalah berkualiti, mematuhi perundangan makanan dan memenuhi kehendak pasaran.
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran.


FAEDAH YANG DITERIMA

  1. Usahawan dapat mengeluarkan produk tanpa pelaburan yang besar, khususnya dalam pembelian mesin dan peralatan.
  2. Produk yang dikeluarkan mempunyai persijilan yang diiktiraf oleh JAKIM dan KKM.
  3. Usahawan dapat memasarkan produk ke pasaran yang lebih luas.
     

LOKASI PUSAT MEMPROSES MAKANAN FAMA (PMMF)

PRODUK

PERSIJILAN

GMP

MESTI

HALAL

HACCP

PMMF Rengit

KM 36, Sg Kluang,

83100 Rengit, Batu Pahat, Johor

Seri kaya, Jem, Kordial

/

 

/

Dalam proses

PMMF Banting (Kilang Kopi)

Jalan Pulai, Kanchong Darat,

42700 Banting, Selangor

Serbuk Kopi Campuran

 

/

/

Dalam proses

PMMF Kuala Selangor

KM 8, Sg Terap,

45500 Tg Karang, Selangor

Produk berasaskan tepung & rempah

/

 

/

 

PMMF Kuala Nerang

Padang Terap,

06300 Kuala Nerang, Kedah

Madu

 

/

/

 

 

SYARAT - SYARAT
PERMOHONAN

  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA dan mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM.
  • Semua usahawan industri asas tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi.
  • Usahawan bersedia dan bersetuju untuk menandatangi perjanjian.
  • Bayaran permulaan sebanyak 50% daripada kos sebenar perlu dijelaskan dalam masa 14 hari sebelum kerja-kerja pemprosesan berjalan.
  • Bayaran sepenuhnya perlu dijelaskan semasa produk diambil.


CARA PERMOHONAN
Pemohon yang berminat boleh datang ke pejabat FAMA Ibu Pejabat atau pejabat FAMA Negeri yang berhampiran bagi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan projek kontrak pengilangan.