Kontrak Pengilangan

Pengenalan
Kontrak pengilangan adalah satu perkhidmatan FAMA kepada usahawan dalam pengeluaran produk makanan di premis FAMA berdasarkan spesifikasi dan persetujuan bersama.

Tujuan
  1. Membantu usahawan yang tiada kilang untuk mengeluarkan prooduk makanan dibawah jenama usahawan.
  2. Menjamin produk yang dikeluarkan untuk usahawan adalah berkualiti, mematuhi perundangan makanan dan memenuhi kehendak pasaran.
  3. Usahawan dapat mengeluarkan produk tanpa pelaburan, khususnya bagi pembelian mesin dan peralatan.
  4. Meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan.

Skop Perkhidmatan
  1. Memproses produk separa siap.
  2. Bahan mentah dibekalkan oleh usahawan.
  3. Bahan mentah disediakan oleh FAMA.
  4. Mengilang Produk Siap.
  5. Produk FAMA pembungkusan dan label disediakan oleh usahawan.
  6. Produk usahawan, pembungkusan dan pelabelan disediakan oleh usahawan.
  7. Membungkus produk siap.
  8. Produk, pembungkusan dan label disediakan oleh usahawan.
# Nama dan Alamat Kategori Produk No Tel / Fax
1 PMMF Rengit, Km 36. Sg Kluang,83100 Rengit, Batu Pahat Johor.
Nama Pengurus : En. Mohd. Aris Musa
Seri Kaya, Jem dan Kordial Tel : 07 - 4241240
Fax : 07 - 4241230
2 PMMF Kuala Selangor, Km 8, Sg Terap, 45500 Tanjung Karang, Selangor.
Nama Pengurus : En. Wan Hashim Wan Ismail
Produk berasaskan tepung dan rempah. Tel : 03 - 32698496
Fax : 03 - 32698595
3 PMMF Bachok, Batu 18, Kg Tangok, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan.
Nama Pengurus : En. Faizal Husin
Serunding, rendang dan makanan ringan bergoreng. Tel : 09 - 7788285
Fax : 09 - 7788195
4 Kilang Kopi Banting, Jalan Pulai, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.
Nama Pengurus : En. Abd. Moeen Abd. Wahid
Serbuk Kopi Campuran. Tel : 03 - 31877166
Fax : 03 - 31873914
Syarat-syarat untuk mendapatkan perkhidmatan
  1. Menandatangani perjanjian.
  2. Berdaftar dengan FAMA.
  3. Mempunyai syarikat sekurang-kurangnya enterprise.
  4. Bayaran permulaan sebanyak 50% daripada kos sebenar perlu dijelaskan 14 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.
  5. Bayaran sepenuhnya perlu dijelaskan semasa produk diambil.


Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani , Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014