KOMUNIKASI KORPORAT

Komunikasi Korporat berfungsi untuk menguruskan komunikasi, perhubungan media dan perhubungan awam secara professional dan dinamik. Cawangan ini turut berfungsi untuk menyelaras dan menguruskan majlis dan program FAMA, menguruskan aduan, pertanyaan/cadangan orang awam, merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen program-program FAMA, merakam gambar fotografi program-program FAMA serta penerbitan video.

Di samping itu, Cawangan ini turut menyelia dan menguruskan FAMA Mobile Comm iaitu van bergerak FAMA yang berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara mobile.