KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian Khidmat Pengurusan terbahagi kepada dua (2) Cawangan iaitu Cawangan Pentadbiran dan Pengurusan Harta (P&PH) dan Cawangan Pengurusan Sumber Manusia (PSM).
 
  • Cawangan Pentadbiran dan Pengurusan Harta

    Cawangan Pentadbiran dan Pengurusan Harta adalah salah satu cawangan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan yang diberikan tanggungjawab untuk mentadbir serta mengurus kemudahan infrastruktur dan menyalurkan perkhidmatan kepada seluruh warga kerja FAMA dan pelanggan luar
     
  • Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

    Cawangan Pengurusan Sumber Manusia FAMA berfungsi untuk menyediakan keperluan sumber manusia di Lembaga yang berkredibiliti dan berwibawa untuk melaksanakan tugas-tugas dan fungsi-fungsi FAMA selaras dengan visi, misi dan objektif Lembaga serta agenda dan transformasi kerajaan. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembangunan sumber manusia dan menjadi tunjang dalam merancang dan mengurus sumber manusia.