KHIDMAT PEMASARAN SEGAR

Skop Perkhidmatan Pemasaran Segar meliputi belian hasil pertanian daripada petani, mengadakan jualan terus bagi membantu mengurangkan kos sara hidup serta bersedia menyediakan khidmat nasihat berkenaan di samping bertindak sebagai penyalur maklumat kepada golongan sasar. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
  • Membantu memasarkan hasil keluaran pertanian. 
  • Business Matching antara Petani/Pengeluar dan Perantara Pasaran.
  • Menyediakan outlet jualan melalui penganjuran Karnival/Pesta/Ekspo.
  • Memastikan bekalan mencukupi melalui Stok Bekalan Makanan untuk produk-produk terpilih.