GALAKAN PASARAN DALAM NEGARA

INSENTIF KEPADA USAHAWAN
Menyediakan bahan promosi bercetak kepada usahawan sebagai sokongan aktiviti
Menyediakan ruang dan tapak kepada usahawan melalui penganjuran kempen/ekspo/karnival/pesta
Membuat publisiti kepada usahawan melalui media cetak dan media elektronik seperti Facebook, Instagram,Youtube dan Twitter

KRITERIA PERMOHONAN
Skop Perkhidmatan: PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN/PENGGUNA DOMESTIK

Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan
Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan
Perniagaan mesti didaftarkan sekurang-kurangnya Enterprise atau Usahawan Tahap 4

Skop Perkhidmatan: PROGRAM  DAN KEMPEN ANJURAN FAMA
Usahawan perlu didaftar dengan FAMA
Produk mempunyai potensi untuk dipasarkan
Berkeupayaan untuk membekal produk yg diperlukan

CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan di laman web FAMA atau permohonan secara bertulis kepada Bahagian Galakan Pasaran Dalam Negara