Peringkat Pengedaran

Pengenalan 

Pusat pengedaran adalah kemudahan infrastruktur pasaran setempat yang berfungsi sebagai pusat tambah nilai produk keluaran dan pengedaran semula daripada pengeluar kepada pengguna.

Tujuan

• Meningkatkan kecekapan pengedaran produk melalui pengumpulan berpusat (one-stop collection centre)
• Menjadi medan pertemuan di antara pembekal dengan pembeli
• Melaksanakan aktiviti tambah nilai melalui Amalan Pengedaran yang Baik (Good Distribution Practices)
• Memberi jaminan bekalan yang berterusan kepada pelanggan (melalui penyelarasan semula permintaan dan bekalan)
• Bertindak sebagai pusat pemindahan teknologi pengedaran


Skop Perkhidmatan FAMA

• Menyediakan kemudahan logistik seperti penyimpanan, pengangkutan, pembungkusan dan pemeraman.
• Menyediakan aktiviti kawalan kualiti dan nilai tambah produk seperti rawatan air panas, pelabelan dan pembungkusan semula.
• Sebagai pusat rujukan pemasaran serta pusat penyeliaan pemasaran, terutamanya dari segi pengesanan tempat asal produk (product origin traceability) dan pengendalian amalan lepas tuai.
• Pusat untuk aktiviti pengesahan kualiti, terutamanya bagi tujuan pengeksportan dan persijilan.


Kumpulan Sasaran

• Kumpulan pengeluar yang mengendalikan aktiviti pengedaran.
• Syarikat pengendali pengangkutan
• Persatuan Pemborong
• Agensi kerajaan yang mengendalikan aktiviti pemasaran.
• Syarikat pembekalan produk makanan kepada institusi
• Pengeksport
• Pemborong
• Peruncit
• Pembeli institusi/Pasaraya

 


Kelayakan

Bagi membina Pusat Pengedaran baru dan menaik taraf pusat pengumpulan sedia ada, bergantung kepada kesesuaian dan kepentingan sesuatu projek dengan mengambil kira beberapa aspek seperti lokasi, saiz pasaran dan kuantiti produk.

Cara Memohon

Hubungi Pejabat FAMA Daerah atau Pejabat FAMA Negeri bagi membolehkan pihak FAMA membuat kajian awal kesesuaian projek.
Pihak FAMA yang berkenaan akan mengemukakan Borang 1 iaitu Borang Cadangan Penubuhan.