CAWANGAN KUALITI & STANDARD

Cawangan Kualiti dan Standard memberi fokus ke arah pemasaran keluaran pertanian negara yang berkualiti dan berjenama serta berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Kewujudan Cawangan ini adalah selari dengan misi negara dalam menekankan kepada pertanian alaf baru yang merangkumi pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan selamat. Cawangan terdiri daripada 3 unit yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi cawangan iaitu:
 
  • Unit Kajian Kualiti dan Gred

    Melaksanakan kajian kualiti dan gred serta pembangunan FAMA Standard keluaran pertanian.
     
  • Unit Pembangunan Standard

    Melaksanakan pembangunan, pengharmonian, pengurusan, kemaskini dan hebahan standard yang merangkumi FAMA Standard, Malaysian Standard, ASEAN Standard, CODEX Standard dan Standard Antarabangsa lain yang diiktiraf.
     
  • Unit Inspektorat Kualiti

    Menjalankan pemantauan, ceramah dan hands-on berkenaan kualiti dan gred keluaran pertanian yang ada kaitan dengan pelaksanaan Peraturan GPL di premis-premis FAMA dan awam.