CAWANGAN KAWALAN

Cawangan Kawalan memainkan peranan utama dalam menguruskan kawalan pasaran bagi memastikan pemasaran produk agromakanan yang berkualiti dan selamat di pasaran domestik dan luar negara. Antara contoh program yang telah dijalankan adalah Seminar Pengeksportan Durian “Pengukuhan Dan Pematuhan Eksport Durian Malaysia”, Taklimat dan Hebahan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) & Malaysia’s Best, Pengawalselian Perlesenan, Lesen FAMA, Sistem Kelulusan Mencetak Label, Sistem eSijil 3P dan Simulasi Pembungkusan Malaysia’s Best.