BULETIN TINJAUAN PASARAN KELUARAN HASIL PERTANIAN & PRODUK INDUSTRI ASAS TANI

Pengenalan
Buletin Tinjauan ini diterbitkan oleh Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA sebagai salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan agromakanan dalam bentuk penerbitan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada golongan sasar. Selain itu, pengalaman dan kejayaan usahawan turut dikongsi untuk melahirkan lebih ramai masyarakat yang menceburi bidang pertanian.

Liputan dan skop
Secara umumnya, liputan artikel dalam buletin memberi fokus kepada komoditi sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih. Buletin ini juga terbahagi beberapa skop seperti berikut :

  1. Analisis Industri & Pasaran
  2. Prospek Pasaran
  3. Inovasi & Transformasi
  4. Petani/Usahawan Berjaya
  5. Kesihatan

Kekerapan Penerbitan

  • Sekali setahun

Kumpulan Sasaran

  1. Warga FAMA
  2. Agensi Kerajaan, Swasta dan Perseorangan
  3. Semua yang terlibat dalam sektor Pertanian dan Industri Asas Tani secara langsung atau tidak langsung

Cara Mendapat Laporan
Permohonan boleh dilakukan menerusi emel kepada Bahagian Maklumat Pasaran iaitu maklumatpasaran@fama.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Ibu Pejabat FAMA iaitu 03-61362020 samb. 2357.