AGROPRENEUR MUDA & PROJEK KHAS


Bahagian ini berperanan untuk membantu Agropreneur Muda yang berumur 18 sehingga 40 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian dan Agromakanan. Bahagian ini dan juga Jabatan/Agensi di bawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar melalui penubuhan Kelab MYAGROSIS di Universiti Awam (UA). Kelab MYAGROSIS juga telah diperluaskan kepada Politeknik dan Kolej Vokasional di mana FAMA bertanggungjawab ke atas dua institusi iaitu UiTM dan Politeknik. Bahagian ini akan membantu usahawan muda dan juga pelajar di bawah Kelab MyAgrosis untuk melibatkan diri di dalam bidang pertanian, memberi khidmat nasihat, bimbingan dan membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani di kalangan agropreneur muda dan mahasiswa.