AGROPRENEUR MUDA

Bahagian Agropreneur Muda memfokuskan untuk membantu golongan sasar yang berumur 18 sehingga 40 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian dan agromakanan melalui Program Agropreneur Muda yang dilaksanakan di semua Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Selain itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar melalui penubuhan Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Program MYAGROSIS dilaksanakan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) dengan kerjasama jabatan dan agensi, serta pihak IPT. FAMA bertanggungjawab membimbing ahli kelab MYAGROSIS di IPT seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Politeknik, Kolej Komuniti dan Universiti/Kolej Swasta.