Agrobazaar (Outlet Runcit FAMA)

Pengenalan
Agrobazaar merupakan satu entiti yang dimiliki oleh FAMA berfungsi untuk menyediakan ruang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk Industri Asas Tani. Dengan menawarkan berbagai produk dalam komponen di atas, Agrobazaar ini akan menjadi satu 'one stop centre' serta 'flagship' bagi mendapatkan produk-produk yang berasaskan pertanian. Selain disediakan kerusi dan meja untuk minum dan bersantai, Agrobazaar ini juga dilengkapi dengan fasiliti internet untuk kemudahan pelanggan. Bangunan sedia ada ini akan diubahsuai semula dan penekanan akan diberikan terhadap memberikan satu imej yang mempunyai identiti tersendiri sesuai dengan keadaan masakini.

Tujuan

  1. Sebagai satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
  2. Sebagai satu platform kepada usahawan untuk bersaing diperingkat yang lebih terbuka.
  3. Membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep yang lebih teratur dan terurus.
  4. Sebagai outlet jualan produk berjenama AgroMas dan OleMas.


Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti alatan display, signboard secara pinjaman dan mengecat bangunan jika difikirkan perlu.
  2. Memberi khidmat nasihat dari segi pengeluaran dan pemasaran.
  3. Mengadakan promosi dari masa ke semasa.
  4. Memantau keseluruhan projek agar ia selari dengan objektif yang dirancangkan.


Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan

  1. Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA. Perlu mengisi borang pendaftaran untuk menyertai Agrobazaar. Usahawan juga perlu mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh FAMA bagi mengetahui maklumat latar belakang usahawan.
  2. Kumpulan usahawan ini perlu mengenalpasti lokasi pilihan mereka dan mencadangkan kepada FAMA. Lokasi yang dipilih mestilah strategik, menjadi tumpuan orang ramai, mudah untuk keluar masuk bagi pengunjung dan mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan. Selain itu kedai yang dipilih mestilah lot kedai kekal dan bersaiz linkungan 20' x 40'. 
  3. Premis disewa oleh usahawan. Deposit, sewa, bil air & elektrik, lesen dan lain-lain kos termasuk deposit yang berkenaan adalah tanggungjawab usahawan.
  4. Ruang perniagaan dijadikan tempat pengumpulan dan pengedaran produk asa tani sahaja. Produk-produk asas tani ini boleh terdiri dari kategori sos & lepa, sejuk beku, snek & makanan tradisional, jus & kordial dan kek & bakeri.
  5. Usahawan juga diwajibkan untuk menjual produk-produk keluaran FAMA iaitu AgroMas dan OleMas.
  6. Produk yang dipasarkan adalah produk yang masih 'fresh' dan sesuai untuk dimakan.
  7. Hari dan waktu perniagaan hendaklah ditentukan secara tetap mengikut kesesuaian tempat dan permintaan pengguna. 
  8. Usahawan mesti dari kalangan usahawan asas tani di bawah bimbingan jabatan/agensi atau mana-mana pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.


Cara-cara memohon
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui Cawangan Edaran, Lembaga Pemasaran Pertanian persekutuan (FAMA).

Lampiran : BORANG IAT 01-14 - Versi Ringkas 2014