AGROBAZAAR MALAYSIA SINGAPORE (ABMS)

ABMS telah dirasmikan pada 27 Ogos 2014 oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib  Bin Tun Abdul Razak. ABMS merupakan sebuah “Specialty Store” berkonsepkan fru-ce-rant yang mengetengahkan buah-buahan tropika Malaysia, produk-produk IKS keluaran Malaysia serta pelbagai menu makanan yang bercitarasakan Malaysia.
Lokasi ABMS yang terletak di Jalan Sultan Gate, Singapura telah menjadikan outlet ini sebuah pusat promosi, jualan dan pengedaran produk agromakanan Malaysia di pasaran antarabangsa.