AGROBAZAAR MALAYSIA KLIA 2 (ABMKLIA 2)

Pengenalan

Projek AgroBazaar Malaysia KLIA2 adalah rangkaian outlet runcit FAMA yang berkonsepkan “Malaysia Cultural Experiences Store” yang telah diwujudkan di Lapangan Terbang KLIA2. Outlet ini mengetengahkan elemen budaya Malaysia seperti produk agromakanan yang unik, premium dan menarik serta menyediakan layanan hospitality kepada pelancong dari luar negara melalui pelbagai program/aktiviti yang dapat memberikan satu pengalaman yang baru dan menyeronokkan.

Kompleks Perniagaan yang dikenali ‘AgroBazaar Malaysia’ terletak di Lot S2-3-L11 Departure Hall, Kuala Lumpur International Airport 2        (KLIA2). Agrobazaar KLIA 2 merupakan salah satu hub mempromosikan produk keluaran Malaysia diperingkat antarabangsa. Agrobazaar KLIA 2 dipenuhi dengan produk dan buah-buahan yang terbaik daripada Malaysia dengan mutu kualiti yang tinggi. Di Agrobazaar KLIA 2, anda dapat mencari produk-produk keluaran dari seluruh Malaysia seperti makanan, minuman, produk-produk hasil pertanian yang dibangunakan oleh usahawan seluruh Malaysia.


Tujuan
♦ Sebagai satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
♦ Sebagai satu platform kepada usahawan untuk bersaing diperingkat yang lebih terbuka.
♦ Membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep yang lebih teratur dan terurus.

Sebagai outlet jualan produk berjenama AgroMas


Syarat
♦ Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA. Perlu mengisi borang pendaftaran untuk menyertai Agrobazaar KLIA2.
♦ Produk-produk asas tani ini boleh terdiri dari produk sedia dimakan dan diminum.
♦ Mempunyai ketahanan jangka hayat sekurang-kurangnya 12 bulan.
♦ Mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985
.
Disahkan Halal oleh Jakim


Cara memohon
Borang permohonan dan keterangan lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Muat turun borang disini