Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)

LATAR BELAKANG PROJEK AGRO BAZAAR KEDAI RAKYAT
Perwujudan Agro Bazaar Kedai Rakyat (AKR) adalah berikutan timbulnya isu kenaikan harga barangan asas akibat kenaikan harga minyak yang membebankan kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Mesyuarat Menteri-Menteri Besar Bil.106, pada 10 September 2008, telah memutuskan supaya ICU JPM diberi peranan sebagai penyelaras projek Agro Bazaar Kedai Rakyat, manakala FAMA sebagai agensi pelaksana.

Matlamat penubuhan Agro Bazaar Kedai Rakyat adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani kecil dan masyarakat kampung disamping menjual barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.


DEFINISI AKR
Kedai runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf bagi berperanan membeli dan menjual barang keperluan harian runcit pada harga berpatutan disamping menampilkan imej kedai yang tersusun, kemas, menarik dan seragam diseluruh negara.

Fokus sasaran projek AKR adalah kedai runcit yang terletak di pinggir dan luar bandar yang mencatatkan nilai jualan bulanan sebanyak RM20 ribu untuk permohonan di Semenanjung Malaysia dan RM18 ribu di Sabah & Sarawak.


PERANAN AKR

  1. Sebagai tempat membeli dan menjual hasil-hasil pertanian dan Produk Industri Asas Tani yang diusahakan oleh penduduk setempat.
  2. Menjual barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan produk runcit untuk keperluan harian penduduk setempat.
  3. Menjadi platform bagi edaran produk-produk yang dibekalkan oleh pihak FAMA bagi faedah penduduk setempat berdasarkan keperluan semasa.
  4. Bersama berusaha meningkatkan nilai-nilai keusahawanan dan pendapatan tanpa menjejaskan serta mengabaikan kepentingan hak-hak pengguna.


OBJEKTIF AKR
Objektif projek Agro Bazaar Rakyat adalah seperti berikut:-

  1. Sebagai agen bagi mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian keluaran petani kecil/masyarakatt kampung.
  2. Sebagai salah satu mekanisma bagi membantu masyarakat setempat menambahkan pendapatan.
  3. Memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dan produk pertanian pada harga berpatutan.
  4. Menggalakkan aktiviti urusniaga hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani dan masyarakat setempat.
  5. Menyediakan outlet pemasaran alternatif yang bersifat kekal di lokasi strategik.


KONSEP AKR
Konsep Agro Bazaar Kedai Rakyat yang akan dibangunkan adalah seperti berikut:-

  1. Agro Bazaar Kedai Rakyat adalah kedai runcit milik usahawan.
  2. Menjalankan aktiviti mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian keluaran petani kecil dan masyarakat kampung serta barangan keperluan harian dengan harga berpatutan.
  3. Mempunyai keseragaman identiti dari segi:-
    1. Rekabentuk papan tanda
    2. Warna cat premis
    3. Peralatan serta susun atur
  4. Operasi dijalankan oleh usahawan melalui khidmat bimbingan FAMA.

Pages: 1  2